Isnin, April 19, 2010

Kenangan manis BAK MANISAN…..


Pemberian manisan seperti coklat, halwa dan kek begitu sinonim dengan berbagai majlis spt bertunang , perkahwinan, anniversary…valentine ( kpd sape yg sambut lah) dan byk event lg..


Penah x korang terpikir…kenapa manisan???..contoh hantaran kawin…at least mesti ada satu manisan…paling cikai pn kek lah!!!!

Di zaman aku dolu2 & seblum nya (klu kt kedah laa), majlis bertunang,..x de hantaran barang @ persalinan…baju ke perpium ke jarang org hantar taim bertunang…( besanya taim kahwin baru bagi) hantaran semua jenis makanan!!! dan jgn terkejut klu korang kawin ngn org kedah dibalas 20 hantaran semua MANISAN….KENCING MANEH LA HANGPA….kwang..kwang..kwang…klu ada tu kira zaman modern laaa, x pasti sama ada skrg diamalkan lagi ke x!!!


Barang hantaran kahwin yg besanya diminta oleh bapa pngantin pompuan 4 benda….senaskah al quran, sejadah @ telekung sembahyang, sebentuk cincin dan sekurang2 nya sejenis manisan ( bg lebih lg baguih) …klu x mampu bagi je gula pasir @ gula batu bungkus ngn plastic cantik2..nk menarik buat la bentuk mangga ke…pisang ke..

Benar atau mitos….aku x pasti tapi bagi kami manisan amat pnting untuk majlis bertunang & perkahwinan…kerana detik manis itu harus dikenang smp bila2..ibarat makan gula2, dah habis tp masih terasa manisnya…


-shalina-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan