Ahad, Mac 11, 2012

RAHSIA AIR

Assalamualaikum & salam ceria..uols..

Entry kali ni nk crite pasal ilmu yg sy dpt masa majlis usrah auralife di pusat tenaga positif baru2 ni. Ekceli byk ilmu yg sy dpt sblm ni dlm majlis usrah ni dan sekarang pn masih belajar sikit2 spt kaedah kinesiology utk mendapatkan harmonise energy, bljr kaitan warna alam dalam solat dan terbaru hari jumaat lepas mengenai rahsia air...jom baca..

saintis dari jepun Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah membuat kajian mengenai perubahan molekul air. Dalam kajian beliau molekul air berubah menjadi cantik apabila diberikan kata-kata yg baik dan indah manakala sebaliknya apabila diberikan kata-kata buruk. Berdasarkan kajian Dr Masaru Emoto, molekul air yang tercantik ialah diberikan kata "Love & Gratitude"
 
Bentuk Kristal yang cantik dari air yang diberikan kata-kata yang baik
 
Bentuk kristal yang buruk dari air yang diberikan kata-kata yang tidak baik.

Air diperakui  oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata....Subhanallah...air itu HIDUP....sesungguhnya Islam mendidik kita mengambil wuduk dgn air dan berniat. Mandi hadas dari hadas kecil hingga hadas besar dengan berniat....makan dan minum berdoa, berselawat dan berniat, kita ada air Yassin sebagai penawar.....sy terfikir masa itu...adakah air kopi ( Kopi aura..yg saya bancuh, berselawat nabi, mengacau kopi mengikut pusingan tawaf kaabah sebyk 7 kali dan berniat sblm minum) yang diminum oleh saya itu sedang mendengar dan merakam niat saya tadi??...Ya Allah...bersyukurnya sy dilahirkan sebagai orang Islam kerana Islam itu sememangnya indah dan lengkap.

ini sebahagian yg sempat sy snap masa majlis usrah.....


Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya! Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata??

Kawan2...70% dalam badan kita adalah air,..oleh itu ungkapkan lah kata2 yang baik kpd kwn2,..anak2, ibu bapa dan sesiapa saja kerana dengan kata2 yg baik ini akan mengubah molekul bendalir didalam badan menjadi cantik. Kecantikan ini akan terserlah di wajah, sikap dan perwatakan.Insyaallah....

BUKTI AL QURAN

 “...Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup...”(QS. Al-Anbiya : 30)
rasanya sampai disini usrah kita..hehe..ada byk  sy nk share sebenarnya...insyaallah next sy akan share tentang kaitan warna alam dgn kesihatan, solat dan sebagainya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan