Isnin, Mac 26, 2012

THE WINNER....

ASsalamualaikum n salam aura...

Nk umumkan pemenang contest...x sampai 24 jam dah ada pemenang uols.... Soalan sonang jo....

Jom tgk jawapan yg betul..ya..

Soakan:-Berikan 7 jenis warna alam ( warna perfume cakra)


Jawapan:-1. Ungu 2. Indigo 3. Biru 4. Hijau 5. Kuning 6. Jingga 7. Merah


Tahniah kpd fatin farhanah..kpd yg mencuba tp x menang tu bole cuba lg tau..sbb byk lg contest tau...anyway thanks for your participation.....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, Mac 25, 2012

CONTEST UNDER ONE ROOF ( pERFUME)

Assalamualaikum dan salam sejahtera uollss...

Iolss nak buat contest untuk fan page golden touch disamping mempromosikan produk auralife...
Jom jawap contest kat bawah:-.....

1. soalan- Berikan 7 jenis Warna Alam ( Warna perfume Chakra)....

2. Syarat contest -
a) kawan2 yang LIKE di account Golden Touch Under One Roof saja
yang sah jawap contest ni.., sapa yang belum tu cepat2 click LIKE yer...
                                       


b) Sila berikan jawapan kpd Post atau ruangan IKLAN contest ini...atau PM saya dalam Facebook Golden Touch (sila tulis jawapan, tarikh dan masa)
c) Sah sehingga 31 Mac 2012 ( smp dah ada pemenang dgn jawapan yg betul)....
3. Hadiah-1 Botol Perfume warna alam ungu ( inspired by texas princess) salah satu kelebihan perfume ini adalah AWET MUDA. nak tahu lebih lanjut sila tgk kat previously post saya yer...


 Contoh perfume tapi warna UNGU bukan INDIGO ya,...hehe sorry x de gambor yg unngu punya.....


SELAMAT MENCUBA....



Khamis, Mac 22, 2012

KAITAN WARNA ALAM DAN SOLAT



Assalamualaikum & salam ceria...

Cantik x gambo kt atas ni??? cantik kan..penah x uols terpikir klu alam semesta ni x de warna?? ooshh...x dpt bayangkan!! muka x bermekap la uolss!!!..hihihi

Enri kali nk share ape yang i dapat masa majlis perkongsian ilmu di pusat tenaga positif auralife...actually i ada video berkenaan artikel ni tp pen drive i hilang...huhuhu.... jom baca entri kali ni kaitan warna alam dan solat..

Kajian Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan Universiti Malaya (UM) mengenai kesan solat ke atas tubuh badan dan kesihatan seseorang. Kajian awalnya mendapati bahawa pergerakan yang dilakukan di dalam sembahyang yang memberikan kesan bermanfaat ke atas jantung, tulang belakang dan keupayaan ingatan serta perhatian seseorang.

SUBUHsebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna BIRU MUDA yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu subuh ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi, mereka yang terlewat Subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

ZOHORWarna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyrak & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi, mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zohornya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

ASARKemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spectrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari, dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ini jasad dan roh ini terpisah (tidur la tu..). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu asar ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

MAGHRIBMenjelang waktu Maghrib, alam akan berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib la dulu…) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

ISYAKApabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan system kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan system tubuh berada dalm kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu, dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus, dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam ini dipanggil Qiamullail. Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurnia’kan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambaNya atas sifat Pengasih dan PenyanyangNya sebagai pencipta kerana Dia tahu hambaNya ini amat-amat memerlukanNya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi cuba mengenengahkan amalan-amalan lain yang difikirkan baik untuk kesihatan, sedangkan solatnya entah ke mana…???

So uols dapatkan ketujuh2 perfume warna alam sekarang!!!! kelebihannya bole tgk previous entry saya yerr...PM saya klu berminat...


 

TAHUKAH ANDA TENTANG KAEDAH KINESIOLOGY

  
 Assalamualaikum & salam ceria......

hai uolss...spt yang dijanjikan iolss nk tepek pasal kaedah kinsiologi....may be ada yg tahu kan...ada yg x pnh dengar...ok tapi entry ni i ckp awal2 i kopipes dari blog asal iaitu gila4u.com. Kena bagi kredit uolss...atas penat lelah tuan punya blog...thanks for the information......jom layan.....



Tahukah anda apa itu Ujian A.K (Applied Kinesiology) ?

A.K atau Applied Kinesiologymerupakan sejenis ujian kekuatan otot yang dipelopori oleh Dr George J. Goodheart (gambar). Beliau yang merupakan seorang pengamal perubatan chiropractic telah menemui kaedah ini pada tahun 1964. Hari ini A.K telah digunakan sebagai satu kaedah pendiagnosis awal yang tepat dan cepat berbanding kaedah-kaedah moden dan banyak digunakan oleh pengamal perubatan alternatif dalam bidang osteopathy, biomedicine, acupuncture, dentistry, nutrition, biochemistry, dsbnya.

Kaedah A.K membolehkan kita mengenalpasti punca sesuatu penyakit yang terjadi dalam badan kita dan apakah jenis rawatan yang paling sesuai untuk merawat penyakit tersebut. Selain itu A.K juga boleh digunakan dalam penyiasatan polis bagi kes-kes jenayah untuk mengesahkan apakah seseorang tersebut melakukan atau tidak sesuatu yang dituduh kepadanya. Itulah sebabnya pakar-pakar A.K banyak diambil bekerja dengan CIA, KGB, Mossad, dalam pasukan polis di negara-negara barat, dsbnya.

What is APPLIED KINESIOLOGY?

Applied Kinesiology (AK) is a system that evaluates structural, chemical and mental aspects of health using manual muscle testing combined with other standard methods of diagnosis. AK, a non-invasive system of evaluating body function that is unique in the healing arts, has become a dynamic movement in health care in its relatively short existence.

The combined terms “applied” and “kinesiology” describe the basis of this system, which is the use of manual muscle testing to evaluate body function through the dynamics of the musculoskeletal system.

Treatments may involve specific joint manipulation or mobilization, various myofascial therapies, cranial techniques, meridian and acupuncture skills, clinical nutrition, dietary management, counselling skills, evaluating environmental irritants and various reflex procedures.

Triad of Health

The triad of health lists the three basic causes of health problems. They are structural, chemical, and mental, with structure as the base of the triad. Literally, all health problems, whether functional or pathological, are involved with one part or all parts of the triad. This is not new to chiropractic, as its founder, D.D. Palmer states in his text, “The Science, Art, and Philosophy of Chiropractic,” “The determining causes of disease are traumatism, poison and autosuggestion.” AK enables the doctor to evaluate the triad's functional balance and direct therapy toward the imbalanced side or sides. The physician who is aware of the triad of health, and evaluates every patient for all three sides, increases his ability to find the basic underlying cause of a patient’s health problem.

AK skills are developed and approved by the International College of Applied Kinesiology Board of Standards. These skills are refined from many disciplines including Chiropractic, Osteopathy, Medicine, Dentistry, Acupuncture, Biochemistry, Psychology, Homeopathy, and Naturopathy etc. Members of these professions share knowledge through the publications and conferences of the International College of Applied Kinesiology (ICAK).

Who is PAK

When Dr. George Goodheart first discovered Applied Kinesiology (What is AK) his goal was to teach others. However, as Applied Kinesiology spread, many people of various disciplines learned the methods and taught others. Since the term Applied Kinesiology itself was never trademarked nor copyrighted, it paved the way for anyone who knew even a basic muscle test to use the phrase. Unfortunately this allowed people who had no formal training, nor expertise to utilize minimal parts of the technique and yet market themselves as Applied Kinesiologists.

After many years of fielding problems from uneducated people stating they used applied Kinesiology, the ICAK (International College of Applied Kinesiology) trademarked the term for Professional Applied Kinesiology. To be considered a Professional Applied Kinesiologist (PAK), a person must be a Doctor licensed to Diagnose. They must also satisfy continuing education credit requirements as well as prove on an ongoing basis that they are the top in their field utilizing specific muscle testing for true proper evaluation of functional imbalance.

Bagaimana Ujian ini dilakukan ?


Sebenarnya Ujian A.K kelihatan sangat mudah untuk dilakukan. Namun, pengalaman saya sebagai practitioner A.K dan juga CVT mendapati ianya memerlukan daya tumpuan dan keyakinan yang tinggi untuk memperolehi jawapan yang tepat, bahkan memerlukan latihan yang sangat banyak sehingga memperolehi kejituan yang tinggi.

Selain itu, seorang pengamal A.K yang mahir juga sebaiknya mestilah mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang anatomi dan fisiologi sel dan organ badan manusia dan juga mahir mengenai jenis-jenis penyakit atau bagaimana penyakit tersebut terjadi (bidang pathology), imummunology, farmakologi, histologi sel dan juga mikrobiologi.

Salah satu kaedah Ujian A.K yang paling biasa digunakan adalah dengan menggunakan Ujian kekuatan lengan. Pesakit biasanya diminta berada dalam keadaan tegap dan mengadap penguji dengan tangan diluruskan ke depan atau sisi. Penguji akan menekan pergelangan tangan pesakit (pesakit diminta menahan lengannya daripada ditekan ke bawah oleh penguji). Biasanya penguji akan menguji kekuatan sebenar pesakit tersebut dahulu sebelum menguji penyakit.

Kemudian, point pada bahagian tertentu pada badan pesakit dan menekan lengan pesakit ke bawah (tekanan jgnlah terlalu kuat). Jika pesakit tidak dapat menahan tekanan tersebut, bermakna point tersebut bermasalah. Point tersebut biasanya merupakan point yang merujuk organ-organ dalam badan seperti otak, ingatan, stress, telinga, hidung, sinus, immune system, tiroid, paru-paru, jantung, hati, hempedu, perut, pankreas, limpa, buah pinggang, ureter, pundi kencing, ovari / testis (subur atau tidak), uterus, masalah seksual (normal / lemah), aliran darah, kandungan darah (berasid, toksik, kurang air, ketidak seimbangan hormon dsb), sendi, tulang, otot, saraf, pinggang, usus besar, usus kecil, rektum, buasir dll. Point ini sebenarnya boleh dicipta / ditambah sendiri bergantung kepada tahap kemahiran practitioner yang melakukan. Bahkan practitioner yang mahir tidak perlu menyentuh point tersebut memadai menggambarkan dalam mindanya sahaja (atau kita kenali sbg NIAT)

Adakah Ujian A.K memberikan keputusan yang tepat 100% dan boleh diterima oleh sains moden ?

Sebenarnya A.K telah diuji berjuta-juta kali oleh berpuluh-puluh ribu practitioner dari seluruh dunia (termasuklah saya sendiri) dan didapati sangat tepat. Namun ketepatan adalah bergantung kepada kecekapan dan kemahiran practitioner. Practitioner yang mahir spt Prof Dr Norhisham Wahab (Pengasas CVT) yang juga merupakan guru saya dalam bidang ini mungkin mampu memberikan ketepatan yang sangat jitu (iaitu hampir 100%). Tetapi bagi kami yang juga practitioner perubatan alternatif / holistik, mungkin ketepatan kami adalah antara 80 - 95%, namun dikira masih tinggi.

Bolehkah A.K digunakan untuk mengesan samada sesuatu perbuatan dilakukan oleh orang tertentu atau tidak ?

Jawapannya: Ya.

Contohnya, adakah kita boleh menguji samada Dato Seri Anwar benar-benar telah melakukan liwat dengan Saiful ? atau adakah Saiful berbohong ? adakah saiful menerima duit habuan atau diupah oleh orang tertentu ? Adakah Dato Seri Nabjib terilbat dalam kes pembunuhan Altantuya ? adakah Rosmah yang terlibat ? Adakah rosmah berada di tempat di mana Altantuya dibunuh pada malam tersebut ? Adakah saiful diupah oleh .... si A, Si B, Si C..... (sebutkan nama orang yang ingin kita uji satu persatu)... semua jenis soalan boleh di tanya. Tapi janganlah kita bertanya sesuatu yang kita tahu perkara tersebut blum terjadi atau akan terjadi spt : Adakah kiamat akan berlaku pada tahun 2012 ? atau 2065 ?, semua soalan itu adalah soalan ramalan, jadi ianya tak boleh digunakan.

Adakah saya pernah menguji soalan-soalan seperti di atas ? 

Ya, Pernah. Tapi saya tak suka nak berikan jawapan di sini, lagi pun jawapan yang diperolehi melalui Ujian kinesiologi bukan untuk mengkhianati atau memusnahkan orang lain.

CREDIT to BLOG:-gila4u

Rabu, Mac 21, 2012

SF BEAUTY

Assalamulaikum...n salam ceria...

Terlupa produk "the one only" ni ....SF BEAUTY...vitamin C sabun warna hijau utk yg sensitif, vitamin E sabun warna kuning utk kulit normal...






Harga:-
1. Trial pack ( vit E & vit C)
Harga Pasaran: Rm79.90
Harga Kami:Rm75.00

2. Set besar sensitif (sabun hijau)
Harga pasaran:rm124.00
Harga kami:rm110

3. Set besar normal skin( sabun kuning)
Harga pasaran:rm119.00
Harga kam:rm100.00

Klu ada yg nak beli loose pn bole tp yang besar sajer yer...trial pack..engak bule...hehe
Berminat call or sms...yer..

posted from Bloggeroid

Ahad, Mac 11, 2012

RAHSIA AIR

Assalamualaikum & salam ceria..uols..

Entry kali ni nk crite pasal ilmu yg sy dpt masa majlis usrah auralife di pusat tenaga positif baru2 ni. Ekceli byk ilmu yg sy dpt sblm ni dlm majlis usrah ni dan sekarang pn masih belajar sikit2 spt kaedah kinesiology utk mendapatkan harmonise energy, bljr kaitan warna alam dalam solat dan terbaru hari jumaat lepas mengenai rahsia air...jom baca..

saintis dari jepun Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah membuat kajian mengenai perubahan molekul air. Dalam kajian beliau molekul air berubah menjadi cantik apabila diberikan kata-kata yg baik dan indah manakala sebaliknya apabila diberikan kata-kata buruk. Berdasarkan kajian Dr Masaru Emoto, molekul air yang tercantik ialah diberikan kata "Love & Gratitude"
 
Bentuk Kristal yang cantik dari air yang diberikan kata-kata yang baik
 
Bentuk kristal yang buruk dari air yang diberikan kata-kata yang tidak baik.

Air diperakui  oleh saintis sedunia sebagai alat perakam terbaik sekali kerana ketepatannya apabila disukat pada dasarnya. Air sebenarnya boleh merakam setiap gema getaran yang dihadirkan baik dari bunyi termasuk dengan kata-kata dan juga dari hanya niat kita (tanpa kata-kata). Itulah keistimewaan air yang kita sangka hanya untuk pembersihan semata-mata....Subhanallah...air itu HIDUP....sesungguhnya Islam mendidik kita mengambil wuduk dgn air dan berniat. Mandi hadas dari hadas kecil hingga hadas besar dengan berniat....makan dan minum berdoa, berselawat dan berniat, kita ada air Yassin sebagai penawar.....sy terfikir masa itu...adakah air kopi ( Kopi aura..yg saya bancuh, berselawat nabi, mengacau kopi mengikut pusingan tawaf kaabah sebyk 7 kali dan berniat sblm minum) yang diminum oleh saya itu sedang mendengar dan merakam niat saya tadi??...Ya Allah...bersyukurnya sy dilahirkan sebagai orang Islam kerana Islam itu sememangnya indah dan lengkap.

ini sebahagian yg sempat sy snap masa majlis usrah.....


Maha Suci Allah yang telah mencipta mahkluk yang bernama air ini! Sesungguhnya ia adalah makhluk yang paling setia dan amat sekali peka dan menjalankan perintah Tuhannya! Di dalam Al-Quran ada menyatakan peratusan Hydrogen (air) ini adalah 72% dan bakinya tanah adalah hanya 28% sahaja. Tubuh badan manusia adalah kekunci kepada rahsia air ini. Rahsia manusia ada jaluran elektrik yang dinamakan AURA atau SIRR atau Cahaya adalah kerana rahsia air ini juga! Lupakah kita sewaktu dalam kandungan perut ibu di dalam kandungan air semata-mata??

Kawan2...70% dalam badan kita adalah air,..oleh itu ungkapkan lah kata2 yang baik kpd kwn2,..anak2, ibu bapa dan sesiapa saja kerana dengan kata2 yg baik ini akan mengubah molekul bendalir didalam badan menjadi cantik. Kecantikan ini akan terserlah di wajah, sikap dan perwatakan.Insyaallah....

BUKTI AL QURAN

 “...Kami ciptakan dari air segala sesuatu yang hidup...”(QS. Al-Anbiya : 30)
rasanya sampai disini usrah kita..hehe..ada byk  sy nk share sebenarnya...insyaallah next sy akan share tentang kaitan warna alam dgn kesihatan, solat dan sebagainya..