Ahad, Oktober 17, 2010

Informasi mengenai foundation!!!!

Foundation @ bedak asas terdapat berbagai bentuk,...ada cecair, krim & stik ( padat). Terdapat berbagai brand di pasaran. Tahukah anda fungsi sebenar foundation??? saya nk share sedikit pengetahuan apa yang dipelajari dulu...sebenarnya foundation bukan lah utk mengubah warna kulit..yg gelap nk jd cerah @ pun sebaliknya!!! Ia adalah untuk menutup kekurangan seperti jerawat, kesan jerawat atau bintik2 hitam agar kulit nampak halus dan warna kulit sekata.. Selain tu ia juga digunakan untuk membuat bentuk muka ( shading ) atau dimensi wajah.

Bedak asas jenis stick sesuai utk kulit berminyak & boleh disapukan menggunakan span basah atau kering, Jenis KRIM lebih berat..sesuai untuk kulit kering, normal & kulit matang...manakala jenis cecair lebih ringan,semulajadi & boleh dipakai hari2...sesuai juga utk kulit jenis kering & normal...

TIPS MEMILIH FOUNDATION..

1. Pastikan berapa banyak kekurangan yg perlu ditutup diwajah. Kalau byk pilih la jenis krim
2. Memilih warna foundation tidak tepat kalau calit di atas tangan.Kadang2 warna kulit tangan tidak sama
    dgn  wajah. Tempat yang paling baik adalah dimuka iaitu pipi, dagu & leher.
3.Semasa memakai foundation jgn lupa kawasan mata, bibir dan leher.
4. Mungkin susah nk mencari warna yg betul2 sesuai dgn warna kulit, boleh juga mencampurkan 2 warna
    foundation dan cuba campur sehingga dapat warna yg sesuai!!!!!


Sekian saja information hari ni...semoga dapat memberi manfaat pd kita bersama...Jumpa lagi untuk informati & tips seterusnya!!! byee!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan